Amira Suraini Che Mohamad
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Syamsyul Anuar Ismail
Universiti Utara Malaysia (UUM)
DOI: https://doi.org/10.47836/ajac.13.02.02
Dalam era digital, media sosial seperti TikTok berperanan penting dalam membina personaliti politik. Populariti yang diraih oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melalui TikTok semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 2023 membuktikan kekuatan platform ini dalam membina jenama politik. Kajian ini menggunakan kerangka Teori Personaliti Jenama Aaker untuk meneliti bagaimana kandungan TikTok Sanusi membentuk personaliti jenama politiknya dalam kalangan netizen. Analisis kandungan terhadap komen video-video TikTok Sanusi mendapati dimensi keikhlasan paling dominan, diikuti oleh keterujaan, kecekapan, kecanggihan, dan kelasakan. Kajian ini menegaskan bahawa pengurusan TikTok secara strategik dapat membentuk personaliti jenama politik yang berkesan. Penyelidikan ini dihadkan kepada tempoh PRN Kedah 2023 dan mencadangkan kajian lanjutan untuk menyelidik kesan jangka panjang penggunaan TikTok dalam politik.